RSS

Ayat-Ayat Ruqyah


Alhamdulilahh... pada kesmpatn utk entri kali ni, sye akn berkogsi berkenaan AYAT-AYAT Ruqyah... pertme kli sye didedahkn dgn peggunaan ayat2 ruqyah bile tgk cite indonesia Taubat dekat TV3 .. cite tu kn menyentuh bab2 syirik, penggunaan sihir dlm kalgn msyrkt. Jdi salah 1 cre menangni maslh atau mgubat mgsa2 sihir, ayat ruqyah ini digunakan. Ayt ruqyah ni bukn hanya utk digunkn merwat individu sahaja. Malah ada yg menghadapi rumahnya digngu makhluk2 halus. Jdi ni juga merupakan salah satu penyelesaianya. Kita berikhtiar dn allah menyembuhkannya..



Download MP3 Ruqyah

Definisi Ayat-Ayat Ruqyah:

Ruqyah secara amnya ialah koleksi bacaan ayat-ayat al quran dan doa2 besumberkan hadis dan juga al-quran. Ia slalu digunakan untuk mengubat serta menghilanagkan ganguan jin atau sihir yang menimpa seseorang mahupun individu. penggunaan ruqyah yang bersandarkan kepada al-quran dan hadis sememangnya tidak mengandungi unsur kesyirikan.



   Cara Menggunakan MP3 Ayat Ruqyah:
1) Bagi kesihatan diri dan keluarga, pasangkan cd/mp3 ini di dalam rumah/premis perniagaan 3x sehari atau pasangkan dari malam sampai pagi (auto repeat). 

2) Bagi pesakit gangguan jin, dilarang memasangnya di dalam kereta. Kesannya akan mengakibatkan kita mengantuk dan mengganggu pemanduan. 

3) Bagi anak-anak yang menangis diwaktu malam, anda perlu pasangkan dengan kuat. Insya Allah jin/syaitan akan lari dari mengganggu anak-anak anda. 

4) Untuk merawat histeria, sihir, saka dan lambat jodoh, sediakan 3botol besar air mineral,buka penutupnya dan pasangkan cd/mp3 ruqyah ini 3 kali sebelah air tadi (kira-kira 1jam 20minit). Air tadi dibuat minum seteguk untuk 3x sehari dan lakukan hari berikutnya sehingga air tadi habis. Tiap-tiap lepas solat perlu baca qursy 3x dan Al Insyirah 3x secara istiqomah.Kemudian sebelah malamnya pula, cd/mp3 ruqyah ini hendaklah dipasang dari malam sampai pagi selama sebulan. 

5) Bagi memulihkan rumah/premis perniagaan yang bermasalah, cuma pasangkan 3x sehari untuk 3hari berturut-turut. 

6) Jika kita sering mengalami masalah malas dan badan terasa berat, perdengarkan cd/mp3 ruqyah ini 3x sehari, insyaAllah kita akan cergas dan kembali bersemangat. 

*BAGI UNTUK MENDAPATKAN KESEMBUHAN YANG MAKSIMUM BILA MENDENGAR MP3/CD RUQYAH INI, SILA PEJAMKAN MATA DAN DENGAR SEHINGGA TAMAT TANPA MENGIKUT BACAANNYA DIMULUT ATAUPUN DIHATI*

Urutan Ayat-Ayat Ruqyah || No. : Nama Surah : Juzuk : Ayat

1. Al-Fatihah 1 Seluruhnya
2. Al-Baqarah 1 1-5
3. Al-Baqarah 1 102
4. Al-Baqarah 2 163-164
5. Al-Baqarah (Ayatul Kursi) 3 255
6. Al-Baqarah 3 285-286
7. Ali-Imran 3 18-19
8. Al-’Araf 8 54-56
9. Al-’Araf 9 117-122
10. Yunus 11 81-82
11. Toha 16 69
12. Al-Mukminun 18 115-118
13. As-Soffaat 23 1-10
14. Al-Ahqaaf 26 29-32
15. Ar-Rahman 27 33-36
16. Al-Hasyr 28 21-24
17. Al-Jin 29 1-9
18. Al-Ikhlas 30 Seluruhnya
19. Al-Falaq 30 Seluruhnya
20. An-Naas 30 Seluruhnya

Selain mengubati penyakit yang melibatkan jin dan syaitan, amalkan memasang audio ini di rumah terutamanya jika anda baru berpindah ataupun merasakan ada sesuatu tidak kena pada tempat tinggal anda. 

Sebar-sebarkanlah perkara ini kerana mungkin ada keperluannya pada insan yang memerlukan. Insya Allah.


Sumber
http://www.ciklaili.com/2012/07/ayat-ayat-ruqyah.html

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment